BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Org Kuat Suzuran

Org Kuat Suzuran

Share it

Isnin, 14 Februari 2011

Masuk U...


Pade 1 ary....ade la sorg mamak name Samad ter jumpe ngan kawan dia yang name Hafiz....maka berbual la mereka...

Samad:Oi bro ..pe khabar...
Hafiz:baik...ha?ade pe?
Samad:eh ko tau x ..akhirnya aku berjaya masuk University...
Hafiz:ko bio betul....Spm 10E pun boleh ke?
Samad:betul la..ko ni x caya plak...kan aku x pernah tipu org..
Hafiz:Bile ko nak pegi nye?
Samad:esok la...tp yang sedih nye...dpt masuk je...tp x leh blajar kat sane...dia antar kawan dia kat sane...xD

Menguap...


Pade suatu ari..amin ternampak kawannye Samad tgh menguap sambil mengigit....dia berasa hairan dan bertanya kepada samad..
Amin:apsal ko menguap sambil mengigit?? 
Samad:ustad kate kalau menguap x tutup mulut syaitan masuk kan...
Amin:yeee..habis nape ko mengigit??
Samad:ye la..mesti syaitan x leh masuk sebab aku gigit die..hehehe

Makcik Gile...


Nak jadikan cerite ,seorang makcik tua yang uzur sedang menunggu bas di salah sebuah bas stop di kampungnye. Sambil menunggu hampir setengah jam, makcik pun perasan ada sebuah bas akan melalui bas stop tersebut.
Tanpa membuang masa, makcik nie pun "stand-by" nak tahan. Bas itu pun slow lalu depan makcik agar makcik nie tahan bas tersebut untuk berhenti. Tetapi makcik buat "dekkkkkk" jer dan selepas bas berlalu setengah meter , barulah makcik tu tahan bas tersebut.
" Oiiiiiiiittttttttt,,,,driver bas, tunggu....dengan suara jeritan makcik tua nie.
Akhirnye, driver bas itupun teperanjat dan lalu bas itupun berhenti. Tetapi peliknye, makcik tu tak naik-naik jugak bas tersebut 
Dengan nada yang amat2x marah, driver bas itu pun turun dan marahkan makcik tersebut.
" Makcik,,,, apesal makcik tak naik lagi....lamoo benor kami tunggu, cepat ler skit.......
Dengan muka selambe, makcik tu jawab.......
" Sebenornye makcik bukan nak naik bas, makcik nak amik no. telephone iklan "Yellowpages" kat belakang bas ko nie jer"
Dengan perasaan hampanye, driver bas nie pun blah dengan fed-uppppppppp nye..

Ahad, 6 Februari 2011

Discovery Channel

Salam semua...
Ape kerbau..eh..kabar?
Hari ni Ish nak cakap pasal Discovery Channel..
Cakap pasal ni Ish rase semua orang tau...
Sape ade Astro tu ringankan lah tangan tengok cite2 berfaedah nie ye..

1.Cite paling best Ish rase cite MythBusters...
Cite ni pasal dua orang yang cuba membongkar mitos mitos lama...
Nak tau tengoklah sendiri yee...

2.Cite nie lak pasal seorang bekas tentera yang cuba memasuki hutan dan tempat2 berbahaya di dunia
untuk menunjukkan cara2 menyelamatkan diri jika tersesat di pulau terbiar,,hutan dan sebagainya...

3.Ni kisah sebuah team hantu bernama Everyday Paranormal yang mencari tempat2 paling berhantu di AS
dan mahu membongkar misteri alam ghaib.

4. Ni lain pulak ceritanya. Sebuah team yang cuba memperlahankan masa dan melihat sesuatu dalam
gerak perlahan. Sllloooowwwwwwmmmooooooo......

5. Dan yang terakhir ialah pasal kejadian yang tidak diingini tiba2 berlaku tanpa kita rancang. Jika anda tidak
tahu apa yang perlu dilakukan,,anda akan mati....

Sekian hari ini...
Jumpa lagi...

Sabtu, 5 Februari 2011

Lawak Gambar ke Gambar Lawak ?


Camne garisan ni boleh bengkok ek?


Ironman boncet...
Hahaha...
Fail...


Sape la punye keje nie..
Mesti kena fired kalau boss dia tau ne...





Oh,, rupa rupanye Mr Bean,Spongebob ngan Patrick ni orang Malaysia...
Otromen pon ade jgak la...
Tapi kenapa x pernah jumpa diorang nie ek ?

Sekian sampai sini je dulu...
Bila bile free nanti tambah lagi...
Follow jangan lupe yer...

Khamis, 27 Januari 2011

Tak malu...


Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu. 

Ibu : Nak, dari mana ? 

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang. 

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa! 

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu. 

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ? 

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!

Hakim dan pengembala

Pada suatu hari ada seorang pengembala kambing telah dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kejadian

pembunuhan. Hakim pun memanggil pengembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan
soalan-soalan tertentu kepadanya.

Hakim: Wahai Pemgembala Kambing, siapa yang bagi makan kambing kamu?

Pengembala: eeeerrrrr...Yang hitam ke yang putih tuan hakim?

Hakim: Yang putih?

Pengembala: Saya yang bagi makan tuan hakim.

Hakim: Yang hitam?

Pengembala: Saya juga yang bagi makan tuan hakim.

Hakim: Siapa yang perah susu kambing kamu?

Pengembala: eeerrrr..Yang putih ke yang hitam tuan hakim?

Hakim: Yang putih?

Pengembala: Saya yang perah tuan hakim.

Hakim: Yang hitam?

Pengembala: Saya juga yang perah tuan hakim.

Hakim: ????????

Hakim: Siapa yang sembelih kambing kamu?

Pengembala: Yang putih ke yang hitam tuan hakim?

Hakim (dengan meninggi suara): Saya peduli apa yang putih ke yang hitam, kerana dua dua jawapan kamu sama jugak.

Pengembala (juga dengan meninggi suara): Memang saya kena tanya yang putih ke yang hitam tuan hakim, sebab yang putih tu kambing saya, itu pun tak faham ke!

Hakim: Habis yang hitam tu sapa punya?

Pengembala: Yang hitam tu pun saya punya jugak tuan hakim, he he he, sorry.

Hakim: %#%$&*^!)#+(^%#?%&^#??X ......

Katil misteri....

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...

Cerita Sedih

Adatiga orang sahabat Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.


Ali: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?


Abu: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?


Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.


Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.


Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.


Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...


Punyalahsedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejapbukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian merekakembali memanjat sambil Abu pula bercerita.


Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abangsulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku takbersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang... bla bla bla bla...


Sekalilagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.


Mamat: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.


Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?


Mamat: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...


Abu: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.


Mamat: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

3 Permintaan


Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor
badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni
memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar,
mereka terjumpa sebuah pelita ajaib.
Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin.
Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi
kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak
sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali
saya...hehe.

Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor
Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat
situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley
Davidson
1300cc warna hitam...

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak
sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali
saya.. hehe

Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit
hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di
pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun
dapat barang2 mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir
kamu,
pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya
mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina
yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka
tinggallah badak tu satu2nya badak jantan
satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot
kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor
Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada
badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau
badak itu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu.
Semua badak sumbu kat Malaysia nih dah jadi betina...

Tahukah anda ??


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.