BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Org Kuat Suzuran

Org Kuat Suzuran

Share it

Selasa, 28 Disember 2010

Piala AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia Final 1 Leg

Gembiranya tengok team Malaysia masuk final dan lebih menggembirakan apabila Malaysia dapat menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stdium Putra Bukit Jalil sekaligus menutup kekalahan memalukan 5-1 pada peringkat kumpulan 1 Disember lalu.....

Tetapi ada juga kata2 busuk yang mengatakan Malaysia main tipu pada perlawanan itu dengan menggunakan laser yang berwarna hijau tetapi berkemungkinan laser itu dipancar oleh penyokong Indonesia sendiri....
Dan ada segelintir rakyat Indonesia yang melepaskan geram di laman2 sosial seperti twitter dan facebook yang mengatakan penjaga gol Indonesia, Markus Rihihina hilang tumpuan setelah laser dipancar ke matanya....
Terdapat juga penyokong Indonesia yang menyalahkan Markus atas tindakannya memprotes pancaran laser dan menyebabkan perlawanan ditangguhkan selama 5 minit...
Yang peliknya kenapa Markus membuat pengakuan itu semasa Malaysia mendapat sepakan percuma sahaja....
Pelik kan ???

Penyokong Malaysia pula mempertahankan perbuatan orang yang memancarkan laser itu dengan mengatakan penyokong Indonesia yang mula menyalahgunakan laser semasa perlawanan Indonesia menentang Malaysia menyaksikan Malaysia kalah teruk 5-1 di Std Gelora Bung Karno pada peringkat kumpulan....